High Innovation Products & Services Expo 2025

Gerbang Utama Inovasi & Dagangan Tempatan - HIPEX 2025

Hab berprestij yang mempertemukan usahawan, pemimpin industri, pelabur dan pengguna bagi memacu ekonomi inovasi Malaysia melalui pameran, jualan dan jaringan strategik yang bernilai tinggi.
00 Hari
00 Jam
00 Minit
00 Saat

Anjuran

Dengan sokongan

Penaja Platinum

Penaja Gold

Penaja Silver

Tarikh & Lokasi

19 - 21 Disember 2025

Kompleks Usahawan MARA Batu Muda, Kuala Lumpur, Malaysia.

50+

Syarikat Industri Inovasi & Halal

30+

Gerai Sajian Panas

5,000+

Pengunjung Tempatan & Global

3 Hari

Penuh inspirasi & aktiviti

Tentang HIPEX 2025

HIPEX (High Innovation Products & Services Expo) ialah platform jualan dan pameran inovasi terulung yang menghimpunkan usahawan, syarikat serta agensi tempatan dalam produk serta perkhidmatan berteknologi tinggi.

Objektif:

  • Mengangkat potensi produk dan perkhidmatan inovatif tempatan ke pasaran nasional & antarabangsa.
  • Meningkatkan keyakinan pengguna terhadap jenama tempatan yang berkualiti dan berdaya cipta.
  • Mewujudkan jaringan strategik (B2B & B2C) antara usahawan, pelabur dan agensi sokongan.
  • Menyokong aspirasi negara dalam memperkukuh ekosistem industri berinovasi tinggi & ekonomi digital.
  • Menjadikan HIPEX sebagai platform tahunan paling berprestij untuk pameran, jualan dan teknologi baharu.

Info Usahawan Industri KIM

Persatuan Usahawan Industri KIM ialah pertubuhan berdaftar yang memperkasa usahawan di Kompleks Industri MARA (KIM). Ia menjadi platform strategik untuk membina jaringan, memperkukuh kemahiran serta menggalakkan penghasilan produk dan servis berinovasi tinggi.

Persatuan ini komited memartabatkan imej usahawan bumiputera, menjaga kebajikan ahli dan menjadi jambatan utama antara komuniti usahawan & MARA, ke arah kemajuan industri yang berdaya saing dan berimpak tinggi.

Info HIMA

Halal Industry Manufacturer Association ialah pertubuhan berdaftar yang menghimpunkan syarikat pengeluar produk halal di MARA Halal Industrial Park (MHI Park). Ia menjadi platform strategik untuk memperkukuh ekosistem halal melalui kerjasama industri, inovasi produk yang berimpak tinggi.

Persatuan ini komited memperkasa ahli dalam kualiti, pensijilan dan daya saing global, menjadikan MHI Park sebagai hab utama industri halal negara.

Aktiviti HIPEX 2025

Jualan Produk Halal Tempatan (HIMA)

Rasai keaslian cita rasa tempatan dengan pilihan produk halal terbaik daripada usahawan HIMA daripada makanan tradisi hingga inovasi moden yang memikat selera.

Pameran Produk & Servis Inovasi (KIM)

Saksikan bagaimana idea menjadi realiti! Pameran eksklusif dari KIM menampilkan produk dan perkhidmatan terkini hasil inovasi anak tempatan yang penuh kreativiti dan teknologi baharu.

Jualan Rahmah Madani

Belanja bijak dengan tawaran harga kasih sayang untuk semua! Program Rahmah HIPEX memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan barangan keperluan pada harga mesra rakyat.

Dapur Panas HIPEX

Nikmati pengalaman gastronomi hangat dengan pelbagai menu masakan panas yang dimasak segar di tapak acara bau aroma, rasa dan suasana yang pasti menggamit selera!

Pemeriksaan Kesihatan

Sayangi diri anda! Sertai program pemeriksaan kesihatan percuma yang dikendalikan oleh pakar perubatan untuk memastikan anda sentiasa cergas, sihat dan bersedia.

Jualan Back-to-School

Bersedia untuk musim persekolahan! Dapatkan pelbagai kelengkapan sekolah pada harga istimewa, daripada pakaian hingga alat tulis, semuanya di bawah satu bumbung.

Program Derma Darah

Setitis darah, sejuta harapan. Sertai kempen derma darah HIPEX dan jadi wira tanpa jubah bagi membantu mereka yang memerlukan dan menyelamatkan nyawa.

Cabutan Bertuah

Datang, sertai, dan menangi! Nikmati peluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah eksklusif tajaan penaja HIPEX, siapa tahu, rezeki anda menanti!

Aturcara HIPEX 2025

Aturcara harian & mengikut hari

Harian

19 - 21 Disember 2025

8.00 AM – 9.00 AM

🔸 Pembukaan tapak peserta dan syarikat

9.30 AM – 6.30 PM

🔸 Aktiviti HIPEX 2025 :

  • Jualan Produk Halal Tempatan (HIMA)
  • Pameran Produk & Servis Inovasi (KIM)
  • Dapur Panas HIPEX
  • Jualan Rahmah Madani
  • Jualan Back-to-School
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma
  • Program Derma Darah

Hari Pertama

Jumaat, 19 Disember 2025

1.00 PM – 2.00 PM

🔸 Happy Hour HIPEX 2025 (Cabutan Bertuah & Busking)

3.00 PM – 4.00 PM

🔸 Majlis Pelancaran HIPEX 2025:

  • Ucapan Aluan Pengacara Majlis
  • Ucapan Pengerusi HIPEX 2025
  • Ucapan Perasmian YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi, Pengerusi MARA
  • Pelancaran Produk
  • Pelancaran Rasmi HIPEX 2025
  • Penyampaian penghargaan VIP
  • Sesi bergambar rasmi
  • Lawatan tapak bersama VIP

4.00 PM – 5.00 PM

🔸 Happy Hour HIPEX 2025 (Cabutan Bertuah & Busking)

Hari Kedua

Sabtu, 20 Disember 2025

10.30 AM - 12.30 PM

🔸Aktiti HIPEX 2025*

12.30 PM – 1.30 PM

🔸 Happy Hour HIPEX 2025 (Cabutan Bertuah & Busking)

4.00 PM – 5.00 PM

🔸 Happy Hour HIPEX 2025 (Cabutan Bertuah & Busking)

Hari Ketiga

Ahad, 21 Disember 2025

10.00 AM – 12.00 PM

🔸 Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

12.00 PM – 1.00 PM

🔸 Happy Hour HIPEX 2025 (Cabutan Bertuah Utama & Busking)

2.00 PM – 4.00 PM

🔸 Persembahan Silat Cekak & Majlis Penutupan HIPEX 2025

Pelan Susun Atur HIPEX 2025

Kenal pasti kawasan pameran, gerai jualan, dataran utama dan laluan utama untuk memudahkan pergerakan sepanjang acara berlangsung.

Syarikat HIPEX 2025

Usahawan KIM

Usahawan HIMA

Penajaan & Kerjasama

Untuk menaja atau bekerjasama, hubungi kami. Kami akan berkongsi pilihan penajaan yang sesuai dengan objektif anda.